Apa kata PU Rahmat tentang 'viral breastfeeding' ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



seperti yang hampir semua rakyat malaysia 'sedia maklum' tentang viral gambar seorang akak kita ni yang upload gambar sedang breastfeeding anaknya turut mendapat perhatian dari finalis pencetus ummah.. Apa kata beliau tentang isu ini?


“Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara
2. Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.
3. Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.
4. Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan: Apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz: Jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding...tidak kah akan ada eksploitasi

Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

Menjaga wanita dari di diskriminasi dan di eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita. Maka jangan la membuka ruang dieksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi. Sayangi diri dengan sifat malu dalam diri.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png