Salam Maulidur Rasul 1438H

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

"Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" (HR. Tirmidzi; hasan)

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

5 Kelebihan Bersedekah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



#1 (。◕‿◕。) – Mendatangkan Keampunan Allah

Saya menangis apabila ustaz sampaikan kebaikan pertama daripada sedekah ini. Berulang-ulang kali, saya memberitahu diri,

“Sungguh, aku boleh meminta ampun. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.”

Waktu itu juga, saya putuskan menghubungi semua orang yang belum melangsaikan hutang mereka dengan saya*

Banyak manapun jumlahnya, saya halalkan semua. Niat saya hanya satu, semoga Allah ampunkan dosa saya.
Setiap kali bersedekah, saya ucapkan dalam hati,
'Dengan namamu aku beri sedekah ini ya Allah.  Aku mohon, ampunkan DOSA-DOSAKU wahai Tuhan yang Maha Pengampun'.

#2 (。◕‿◕。) – Mengundang Penambahan Rezeki.

Sesudah Allah memberi ampun, maka datanglah rezeki tidak disangka-sangka seperti yang dia janjikan. Ia bukan janji kosong, sebab ia perkara yang Allah janjikan. Tidak perlu menunggu lama, satu per satu hasrat yang saya pasang untuk tahun 2015 tercapai.
Bermula dengan kelulusan manuskrip terbaru, diikuti dengan tempoh penerbitan yang super pantas.
Semuanya benar-benar hal luar jangka. Laluan bagi saya menjadi trainer penulisan juga perlahan-lahan terbuka. Subhanallah!

#3 (。◕‿◕。) – Menyembuhkan Penyakit

Sepertimana Allah menjanjikan rezeki tidak tersangka, kesembuhan daripada penyakit luar biasa juga termasuk dalam kategori ini. Rezeki sihat.

Sewaktu bercerita dengan seorang sahabat mengenai sedekah, rakan saya kongsikan sebuah cerita. Katanya, ada seorang sahabat yang mendapat sakit yang rawatannya perlu kepada belanja besar.
Lalu, apabila didengarkan dengan kebaikan sedekah, dengan yakin dia sedekahkan seluruh wang yang dia miliki (asalnya untuk belanja kos perubatan).

Rezeki, tidak lama selepas itu hasil diagnosis sakitnya sudah berkurang satu tahap. Apabila dia menambah jumlah sedekahnya, dengan izin Allah sakitnya langsung sembuh. Saya terdiam mendengar cerita itu. Allah memang hebat!

#4 (。◕‿◕。) – Menolak Bala

Ramai yang terlupa, nikmat yang paling besar dalam rezeki adalah diberi kemudahan urusan dan dijauhkan bala. Melalui sedekah, kita menunaikan peranan saudara, iaitu memudahkan urusan orang lain. Maka, Allah membalasnya dengan memudahkan pula urusan kita, jika itu yang Dia kehendaki.
Pernah dengar cerita orang yang terselamat dari kemalangan dahsyat sejurus dia melakukan kebaikan sedekah? Saya yakin, pasti ada.

#5 (。◕‿◕。) – Memanjangkan Umur

Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (HR Bukhari)

Alangkah indahnya apabila hati kita bersih daripada sikap sombong, takbur dan bangga diri. Semoga dengan sedekah kita, ia menjauhkan kita daripada penyakit-penyakit hati ini, pada ketika Tuhan rezekikan kita umur yang panjang. Amin.


dikongsikan oleh seorang hamba Allah.. 

7 Tips Menjadikan Rumah Tempat Tinggal Sihat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Rumah merupakan tempat untuk berlindung dan berkumpul untuk seluruh keluarga tercinta. Banyak sekali waktu yang telah di habiskan dirumah yang kita tempati, begitu banyak cerita yang tersaji di dalamnya baik suka maupun duka. Ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi, halaman rumah merupakan tempat-tempat yang sudah tidak asing disinggah dan digunakan setiap hari. Oleh kerana itulah, menjaga kesihatan seluruh tempat tersebut merupakan tugas yang wajib yang harus dilaksanakan.

Sudahkah tertanam rasa kepedulian untuk menjaga dan memperhatikan kebersihan rumah yang anda tempati sekarang ini? "Rumahku, Surgaku", mungkin ungkapan itu sudah tidak asing di telinga kita. Rumah yang sihat dan bersih akan membuat penghuninya merasa nyaman dan jauh dari penyakit yang boleh membahayakan kesihatan tubuhnya. Oleh kerana itulah, tips kesihatan kali akan berbagi informasi dan tips tentang menjaga rumah tetap dalam keadaan sihat dan bersih. Sehingga sesuai sebagai tempat tinggal untuk kita dan seluruh keluarga.

Tips kesihatan. berikut ini tips menjaga rumah tetap sihat untuk di huni :

1(ง°ل͜°)ง Rutin Menyapu Rumah. 

Biasakan untuk menyapu dan membersihkan lantai dan halaman rumah setiap pagi. Mungkin ini kelihatan susah, tapi jika anda rutin melakukannya, maka akan menjadi kebiasaan yang mudah dalam seharian kita.

2(ง°ل͜°)ง Biasakan Untuk Mengemop. 

Lantai menjadi tempat yang sering di injak, sehingga akan terlihat kotor dan tempat bersarangnya kuman dan bakteri. Untuk itulah, luangkan waktu untuk mengemop seluruh lantai rumah anda.

3(ง°ل͜°)ง Jaga Sirkulasi Udara Di Rumah Tetap Lancar. 

Rumah dan bilik yang sentiasa tertutup tentu tidak baik untuk kesihatan para penghuninya. Waktu pagi merupakan waktu yang tepat untuk membuka seluruh langsir rumah dan pintu agar udara segar dan bersih dapat masuk ke rumah kita.

4(ง°ل͜°)ง Perhatikan Kebersihan Bilik Mandi. 

Membersihkan bilik mandi secara berkala merupakan salah satu hal yang harus di lakukan, agar tidak ada jentik-jentik nyamuk serta kuman berbahaya lainnya.

5(ง°ل͜°)ง Memelihara Tanaman. 

Sediakan halaman rumah untuk menanam tanaman atau pohon di dalam pasu-pasu kecil. Ini bertujuan untuk menciptakan udara yang nyaman dan bersih di sekitar rumah anda.

6(ง°ل͜°)ง Rutin Membersihkan Peti Ais. 

Peti ais merupakan tempat yang sering di sentuh dan di gunakan oleh segenap keluarga. Jadi, jangan sampai kuman dan bakteria bersarang di tempat-tempat tersebut.

7(ง°ل͜°)ง Rajin Bersihkan Dapur Anda. 

Usahakan untuk menjaga kebersihan area dapur setelah memasak dan menjaga kebersihan alat-alat dapur dan alat-alat makan dengan bersih.

2 Tips Merawat Bisul Dengan Mudah & Berkesan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.


Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.


Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya


Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional


Campuran semulajadi ini dapat mengubati masalah jerawat, bisul atau luka lain pada kulit, yang mengumpulkan nanah.


1) Untuk menyediakannya anda perlukan:

(☞ຈل͜ຈ)☞Madu 1 sudu makan.
(☞ຈل͜ຈ)☞Tepung 1 sudu makan.
(☞ຈل͜ຈ)☞1 kuning telur


2) Bagaimana mempersiapkan campuran menakjubkan ini?

Aduk semua bahan bersama-sama dan simpan campuran di peti ais.


3) Bagaimana cara menggunakan?

Sapukan adunan betul-betul di atas luka atau ulser.

Kemudian tutup dengan sehelai kertas tipis (tuala bersih atau kertas tandas). Tukar kertas setiap 3 jam sebelum meletakkan lagi, membersihkan luka. Untuk sapuan waktu malam, biarkan semalaman esok paginya baru tukar. Sekiranya hari berikutnya tiada rasa sakit, maknanya nanah sudah tiada.


4) Jika campuran ini tidak sesuai dengan kulit anda, mungkin anda ada alergi boleh guna salah satu petua dibawah juga:


    i↬ Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh


    ii↬ Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.


    iii↬ Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.


   iv↬ Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.


   v↬Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.


5) Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda. Tidak salah jika anda ingin mencuba..Selamat Mencuba ya..

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

BLOGLIST TAHUN BARU 2017

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

CONTEST #LASTGIFT BY SOFIEADIE

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

banner, contest, blog, giveaway
(klik banner kalau nak join)

Mini Giveaway By Penselduabee

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

9 Petua Hilangkan Kelemumur

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Okay Isnin lepas dah cite pasal rambut, hari ni cite pasal bestpren rambut, iaitu kelemumur pulak ye.. Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat.

Ia berlaku bila seseorang itu mengalami pertukaran kulit kepala baru dua kali lebih pantas dari yang sepatutnya. Jangka masa normal untuk kulit kepala bertukar kulit baru adalah 28 hari. Tapi untuk sesetengah orang, dia hanya memerlukan 11 hari sahaja untuk kulit kepalanya bertukar baru. So, belum sempat kulit yang lama mengelupas habis, kulit yang baru pula mengelupas lagi. Itulah punca utama terjadinya kelemumur.

Punca lain pula adalah kerana pertumbuhan kulat jenis Pitirosporum Ovale yang biasa terdapat pada kulit dan kulit kepala. Penghasilan sebum (minyak semula jadi) yang terlalu berlebihan juga punca utama kulat ni semakin aktif untuk tumbuh. Sebab lain adalah disebabkan perubahan hormon selepas mencapai usia akil baligh dan kulit kepala yang terlalu berminyak.

Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-
1 ◉_◉ Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
2 ◉_◉ Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
3 ◉_◉ Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
4 ◉_◉ Pengeluaran minyak yang berlebihan
5 ◉_◉ Tekanan perasaan
6 ◉_◉ Daya imuniti yang rendah

Ada cara paling mudah untuk menghilangkan kelemumur dan juga mengelakkan kelemumur daripada datang kembali tanpa menggunakan syampu... Berikut disenaraikan 9 petua tradisional yang boleh dicuba .... In Shaa Allah dengan kuasa Allah, kelemumur akan hilang....

Petua ↦ 1:
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Petua ↦ 2:
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Petua ↦ 3:
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

Petua ↦ 4:
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

Petua ↦ 5:
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

Petua ↦ 6:
Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu.
Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.

Petua ↦ 7:
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Petua ↦ 8:
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Petua ↦ 9:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.

Selamat mencuba. Diingatkan, segala petua diatas adalah sekadar usaha kita sahaja, selebihnya kita bertawakkal sahaja lah kepada Allah SWT, berdoa lah banyak banyak selepas melakukan petua diatas. In Shaa Allah, akan dipermudahkan. Ameen.


6 Tips Penjagaan Rambut Yang Betul

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Akhirnya dapat jugak share kan tips penjagaan rambut yang betul..bukan perkara main-main dalam bab menjaga rambut ni..salah satu kesan nya, kita tak nak rambut gugur, kotor, tak sihat dan botak..

Tak kira lelaki atau perempuan sebenar nya mendapat risiko rambut gugur..faktor usia, tekanan kerja, pemakanan dan kurang rehat adalah penyumbang kepada masalah rambut. Namun, ada sesetengah mereka yang tidak mengetahui atau saje TAK nak ambil tahu bahawa mereka mengalami masalah rambut yang serius..

Seram kan bunyi nya..lagi-lagi wanita bertudung...ada sesetengah tu tak ambil tahu penjagaan rambut. Tanda-tanda anda mempunyai masalah rambut adalah kulit kepala terlalu berminyak, keguguran rambut lebih daripada 30 helai sehari, kelemumur dan gatal-gatal di kulit kepala..

Okey..jom kita review 6 Tips Penjagaan Rambut Yang Betul

(~˘▾˘)~ Tips 1 : Gunakan Produk yang sesuai
Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran..tapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.

(~˘▾˘)~ Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang Menggunakan Bahan Kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.

(~˘▾˘)~ Tips 3 : Cuci Rambut Setiap Hari dengan Syampu
Rambut hendak lah dicuci setiap hari dengan syampu. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui hal ini..malah mereka sudah dibiasakan dengan MITOS bahawa mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut..ini anggapan yang salah ye kawan-kawan.

Mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut.sebab itu penting dalam pemilihan syampu yang sesuai.

(~˘▾˘)~ Tips 4 : Gunakan Minyak Perapi yang Betul
Selain mitos tentang mencuci rambut, penggunaan minyak perapi yang salah pada rambut juga boleh menyebabkan rambut rosak. Sebetulnya minyak perapi hanya digunakan pada rambut hingga ke hujungnya sahaja. Elakkan terkena sehingga ke akar rambut. Biarkan selama dua hingga tiga minit sebelum membilas kesan minyak dengan air bersih.

(~˘▾˘)~ Tips 5 :  Amalan Pemakanan Yang Betul
Yang ni tips paling penting..jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat. JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.

Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat,PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).

(~˘▾˘)~ Tips 6 : Gaya Hidup
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.

Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 11.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.

Saya dah kongsi kan tips penjagaan rambut yang betul. anda dah tahu punca keguguran dan masih belum terlambat untuk amalkan beberapa tips penjagaan rambut bagi mengelakkan masalah rambut walaupun anda seorang yg sibuk.

4 Tips penjagaan Mata Cara Rasulullah SAW

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Alhamdulilah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita melihat semua keagungan ciptaan-Nya. Hanya dengan pancaindera kita mata, maka segala keindahan anugerah ciptaan-Nya dapat kita lihat dan nikmati. Bayangkan sekiranya kita tidak dikurniakan nikmat melihat sudah tentu kita berada dalam kegelapan. 

( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ ) 1- Rasullulah saw mengajar doa untuk memohon rahmat Allah swt agar dipelihara nikmat penglihatan :


"Ya Allah, kurniakan kami kemampuan untuk menikmati dengan pendengaran kami, penglihatan kami, dan kekuatan kami apa yang telah engkau izinkan dalam hidup kami. Jadikanlah semua itu pewaris daripada kami."(HR Al-Tirmizi)

( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ ) 2- Nikmat yang tidak Terbeli

Dengan memiliki mata yang sihat anda dapat melihat dengan jelas dan tidak mengalami sakit mata. Orang yang memiliki mata yang sihat berupaya menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan, dan jarak antara objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri.

Memelihara kesihatan mata bererti kita memelihara ketajaman penglihatan. Dengan penglihatan ini dapat kita mengetahui dan sedar kedudukan kita dengan objek persekitaran. Ia dapat kita mengimbangi badan untuk memudahkan kita bergerak.

Gangguan pada salah satu fungsi penglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara gejalanya seperti pening kepala, mata berair, hilang tumpuan dan sebagainya.

Sering terdedah kepada bakteria, udara tercemar , dan angin menyebabkan mata berisiko mendapat jangkitan, kelesuan mata, kecederaan dan serta alahan.

( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ ) 3- Bercelak

Sebenarnya Rasullulah saw sendiri sangat menjaga kesihatan mata. Baginda mempunyai cara tersendiri bagi menjaga kesihatan mata iaitu dengan memakai celak.

Rasullulah saw bersabda :"Bercelaklah kamu dengan ithmid (kerana ianya) mencerahkan pandangan , dan melebatkan rambut." (riwayat al-Tirmizi)

Ada riwayat lain menjelaskan Rasullulah saw memakai celak tiga kali pada mata kanan dan kiri sebelum tidur. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar :"Rasullulah saw sentiasa memakai celak dengan batu celak setiap malam sebelum baginda tidur.

Baginda memakai celak pada kedua matanya sebanyak 3 kali goresan."(riwayat Ibn Majah)

Ibn Abas menjelaskan bahawa Rasullulah saw mempunyai tempat celak Baginda sendiri:"Nabi memiliki tempat celak dan Baginda bercelak dengannya 3 kali di tiap-tiap matanya." (riwayat Ibn Majah)

Sememangnya Rasullulah saw melarang lelaki menyerupai wanita dan melarang wanita menyerupai lelaki. Walau bagaimanapun , memakali celak harus bagi lelaki dan wanita.

Rasullulah saw tidak mewajibkan memakai celak kepada umatnya tetapi ia lebih dilihat sebagai satu bentuk galakan.

Celak yang terbaik adalah daripada bahan bernama ithmid. Rasullulah saw bersabda :"Sesungguhnya celak terbaik untuk kamu pakai ialah al-ithmid (batu celak). Ia mampu menajamkan pandangan mata dab menumbuhkan rambut." (riwayat al-Nasa'i)

( ͡ᵔ ͜ʖ ͡ᵔ ) 4- Jaga Matamu

Banyak faktor yang menyebabkan mata rosak, antaranya :

Banyak menonton televisyen dalam jarak dekat . Jarak seseorang dengan televisyen sepatutnya hendaklah melebihi 2 meter.

Menghadap komputer terlalu lama. Sekiranya seseorang itu memang berkerja mengadap komputer, ambillah masa untuk melihat objek lain bagi merehatkan mata. Contohnya setelah sejam atau 2 di depan komputer berhenti sekejap dan lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar.

Membaca buku dalam jarak yang dekat atau berbaring. Jarak yang selamat apabila membaca buku ialah 30 cm daripada buku. Jika terlalu dekat ia akan menjadikan mata tegang dan mengakibatkan rabun jauh untuk jangka masa panjang.

Wallahu'alam..

Giveaway Topup Percuma by Atiqah Najihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join

5 Must Have Formal Shirts For This Summer!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

1) LIME

Lime is a cool yet strictly formal shade. It can be whatever you want it to be on the basis of how you pair it up. A smart and well fitted lime colored dress shirt will do you wonders at work. This color is bright and not only keeps the mood light but also brings you in the spot light. This shade will make you stand out and make others take notice of you.
Pair this with a grey suit for the best look. If you do not wear suits to work, alternatively just the grey trousers works really well. If your office has a casual Friday or permits a bit edgier attire, try suspenders over. It works like magic with this shade! Cotton is the best fabric for the heat and also at work. Obviously you need to pair this off with a good pair of oxfords or brogues but in a shade of brown. If grey is not your favorite, try dark brown trousers but this look may not pass off as a very formal look.

2) MINT

Mint is so hot this season! It literally beats the sun! It is a beautiful, subtle, professional, cool and attractive color. Men with confidence can carry off this shade and is thus not even the most common shade. A light mint shade is just perfect for your work place and the most perfect companion of your black suit or trousers. It goes well with blue and even brown or grey. This is an extremely versatile color. It gives you a different look with each combination!
Your formal shoes can be brown for grey or brown combination and black for the rest. There is not much hassle and you can head off straight to an after party or a casual office meeting by just adding an extra bow in a shade of blue or patterned suspenders!

3) WHITE

The classic white shirt needs no introduction. It beats the heat is the most classy way possible to human kind. You can pair it off with any shade and carry it off at work, casual Fridays or even after parties! You just need to make sure it is not a shiny white. It must be subtle and extremely clean.


4) SALMON

Salmon is the new trend this season. It has taken over all trends! Salmon shirt will go great with grey as well as black. But grey and salmon is the combination that will take away the cake! Suspenders will do you good for this look as well. You should opt for brown shoes for this look with grey pants.
Salmon comes off as a risky shade but it goes well with all skin tones and is good for the summer heat as well. You can opt for a light shade of salmon for an all formal look and if you want to funk it up, go for a bit darker shade.

5) SELF-PATTERN

Self-pattern is really elegant. The intricacies of the pattern actually bring out a really good look in formal shirts. Even your simple single color shirts can be made really elegant with the help of self-pattern. It gives an edge to your basic shirt and is in fact still a very formal look!

If you don’t go for suits and blazers, this shirt is pretty much enough to give you the classy look that you desire! It is too hot for suits and blazers anyway!
These formal looks help you beat the heat without compromising on your professional environment!


25 Channel Telegram Yang Patut Anda Join!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1- Tarbiah Sentap
Kadang kala umat perlu diberi sentapan agar bangkit kembali menjadi singa!

2- Aiman Banna
Daiepreneur.

3- Blog Info Update
Jom dapatkan variasi maklumat yang menarik dari MohdNoorShawals(dot)com ^^

4- PendakwahCute.
Jangan sebab seorang bidadari dunia, kau lepaskan kau punya bidadari syurga.

5- Inspirasee
Kerana sebaik-baik inspirasi itu asalnya dari Sang Pencipta Inspirasi.

6- Jom berubah
"Dunia tempat kita berpenat dan akhirat tempat kita berehat "

7- Kelas al-Quran UMK
Ruang Soal Jawab Bacaan al-Quran & Tajwid oleh Ustaz Muhaimin Khalil (UMK)

8- Poetry Daie 
If you lose Allah, you lose everything, including yourself.

9- PendakwahCute
Dakwah ialah menarik hati manusia menuju Allah dan Rasulullah. Bukan menuju kepada diri Pendakwah

10- #CelotehSigadisHitam 
“Kadang2 kita ni terlampau leka dengan laman sosial. Sampaikan semua amal ibadat kita dengan Allah dilengah-lengahkan.”

11- PerempuanBunga
Himpunan tulisan mengenai pendapat. Bukan puisi. Hanya himpunan perkataan.

12- #HijrahBySisGM 
Aku seorang marhaen yang masih meneroka apa itu hijrah .

13- OFFICIAL.ISLAMIC_QUOTES
Kita semua da'ie . Let's spread dakwah and tarbiah 

14- Dakwah Ummah
Dakwah bukan elemen untuk tunjuk tahap ilmu tapi tahap kecintaan seseorang kepada saudaranya dengan berkongsi ilmu.

15- INFIRU ! 
'Hidup ni tak mudah . Tapi kepayahan tu lah yang membuatkan kita terus kuat dalam menghadapi cabaran'

16- #TakeNoteByZhrhs
Dikendalikan oleh Zhrhs. Dia bukan siapa-siapa sebab tu hang tak kenai dia.

17- Usrah Mahabbah 
'Celoteh seOrang ninja'  dengan penuh kasih sayang. 

18- Kak Hassanah
Sebarkan Ibrah. .

19- CelikAlquran.Com
Malu Tiada, Akhirat Bahagia. Kita belajar Alquran daripada Asas disini.

20- The Faiz Ibrahim
The Faiz Ibrahim Channel

21- Ad-Dien Abdul Kadir
Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan dan fawaid daripada hamba Allah, Ad-Dien Abdul Kadir. Penuntut ilmu Islam.

22- GulaManiss
" Aku Dai'e dan juga Mad'u "

23- cekelatchips
Hanya meluahkan isi hati melalui papan kekunci

24- Buku Resepi
Perkongsian koleksi masakan dari pelbagai aplikasi dan informasi (∩_∩) minta halal ye empunya resepi 

25- #DR. STORYLINE
I 'captured' sweetness and bleeding feelin' maheart and potrait em' here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png