Tips Karangan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



kk hari ni nak kongsikan tips karangan yang diajar oleh cikgu BM ABI..
 Terus mula eh? tammo opening panjang panjang.. jom jom!!


  1. PENDAHULUAN

    Ok pendahuluan ni korang kene pandai bergramatis gituh, tapi jangan over gramatis eh? cth:

                 Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan           ISU KARANGAN     . Media massa turut memaparkan isu ini di dada-dada akhbar dan dalam rubrik-rubrik akhbar arus perdana serta melalui corong-corong radio dan lohong-lohong internet tentang       ISU KARANGAN    . *Masalah ini telah menyebabkan institusi kekeluargaandi negara kitaberasa kecewa apabila dikaitkan sebagai punca masalah ini berlaku. Isu ini turut menjadi buah mulut dan topik hangat dalam perbualan masyarakat di warung-warung kopi atau di restoran-restoran mewah. Justeru kita harus menelusuri secara bestari tentang faktor/kesan/akibat     ISU KARANGAN    .

    Info: yang isu karangan tu maksudnya dari soalan, apa yang soalan isu kan, so itu lah yang korang tulis balik. yang ayat ada * plus senget menyenget tu means ayat ni korang kene guna ikut keadaan sebab bukan semua keadaan ayat ini sesuai digunakan.
  2. ISI-ISI KARANGAN

    ok part ni yang paling best sebab guna sistem love yang diperkenalkan oleh Cikgu Nurul Suhaida Ahmad, SMK Kuala Kubu Bharu yang juga merupakan guru BM ABI..

    perhatikan rajah berikut:

    5 elemen tu mesti ada kat sesebuah isi korang.. IU tu means idea korang lah., Huraian tu huraikan lah idea korang tadi,. C pulak korang bagi ar contoh yang sesuai dengan idea korang tu biasanya berkaitan dengan isu semasa, so part ni memang kalau boleh rajin selak surat khabar, atau dengar berita atau bukak twitter pun boleh untuk tahu isu isu semasa.. G pulak gramatis yang sesuai contoh perkataan perkataan bm yang jarang didengari jugak dikira gramatis, yang lainnya termasuklah simpulan bahasa and peribahasa. yes, maksudnya kat sini, kalau boleh at least satu isi ada satu gramatis, tapi gramatis tak semestinya peribahasa okay? like i said before,perkataan-perkataan yang jarang didengari juga dikira gramatis. okey yang last ni PK, ye, semua isi kalau boleh kene ada penutup kecil.. Penutup kecil disini berbeza dengan penutup keluruhan ye kawan kawan.. penutup kecil di sini amik je dari ayat IU tadi plus tambah perkataan Kesimpulannya/Konklusinya/Tuntasnya. tak paham? perhatikan cth dibawah:

    ISU- Akibat mencuri
    IU- Maruah keluarga tercemar
    PK- Kesimpulannya, akibat mencuri boleh menyebabkan maruah keluarga tercemar.
  3. PENUTUP KESELURUHAN

    haa.. penutup keseluruhan ni korang kene bagi huraian sepenuhnya lah.. tak kan nak buat penutup keseluruhan pun nak bagitahu kan? hehehe.. kacang goreng je.. yang penting, kalau boleh bagi lah huraian menggunakan perkataan 'agar, supaya, mestilah, haruslah,' dan sebagainya.. kalau part ni korang reti nak bagi satu peribahasa, hah bagi je ar, tak salah pun..
ok.. penat oh menaip.. huhu semoga bermanfaat.. kalau ada salah dan silap tolong betulkan ye.. just komen di bawah.. kita sama sama belajar.. :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png