KHALWAT SEBAGAI JENAYAH

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


*sumber gambar:googleimage

Ada pihak yang menganggap dosa peribadi seperti khalwat tidak sepatutnya pelaku dikira melakukan jenayah dan jika mereka dihukum, maka ia bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya, Islam mengurus manusia melalui kedua-dua cara:

Pertama: Didikan (Aqidah, Ibadah dan Akhlak) dan
Kedua: Penguatkuasaan (Syariat atau Undang-undang)

dan bukan hanya melalui salah satu daripadanya sahaja. Kedua-duanya ibarat dua sayap burung di mana hanya dengan kedua-dua berperanan sekaligus, burung dapat terbang, atau Islam boleh berperanan di dalam masyarakat manusia.

Begitulah isu khalwat, zina, arak dan sebagainya. Islam mesti membendung gajala tersebut melalui kedua-kedua didikan dan juga penguatkuasaan undang-undang sekaligus.

Di aspek lain pula, khalwat bukanlah isu peribadi. Ia boleh melibatkan isteri, emak atau kakak orang lain. Ia boleh membawa porak peranda sesebuah rumahtangga. Bahkan jika khalwat melibatkan tokoh atau pemimpin, ia boleh menjahanamkan sesebuah negara dan masyarakat.

Perlembagaan Malaysia menyatakan Islam adalah agama negara. Maka segala penggubalan dan tafsiran undang-undang mestilah mengikut acuan Islam termasuk mengkategorikan khalwat sebagai jenayah.

Ustaz Abdul Halim Abdullah
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

SUMBER: #indahnyaislam

2 comments:

Diya Hanun said...

Tp ada orang tak setuju kan pasal tgkp khalwat tgh malam tu.. yg sedihnya makcik2 yg ptut dah lebh ilmu agama pula yg menyarankan agar jakim tak buat aktivit tgkp org khalwat ni..dunia akhir zaman..

Mohd Noor Shawal said...

@Diya Hanun tu ar pasal.. betul tu, dunia akhir zaman.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png