Kejadian Penciptaan Malaikat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sumber gambar : GoogleImage

Asal-usul kejadian Malaikat telah direkodkan dalam Hadith yang pernah diriwayatkan dalam Hadis Riwayat Muslim oleh Aisyah yang dilaporkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda
Malaikat dijadikan daripada cahayajin pula dijadikan daripada lidah api manakala kejadian Adam pula seperti apa yang disifatkan kepada saudara sekalian.
Walau bagaimanapun, jenis, sifat dan hakikat tersebut tidak diterangkan secara lanjut dalam mana-mana sumber yang lain.
Malaikat pula dijadikan dalam keadaan bersayap, sama ada dua, tiga ataupun lebih.Kejadian tersebut juga dilengkapi dengan rupa yang cantik. Walaupun begitu, setiap malaikat tidak mempunyai kejadian dan kedudukan yang sama. Setiap Malaikat mempunyai keistimewaan, tugas, dan kedudukan yang berbeza bergantung kepada kehendak Allah SWT.
Kejadian istimewa Malaikat juga menjadikan Malaikat sebagai makhluk yang tidak bernafsu. Maka, Malaikat tidak akan makan, minum, bosan yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT. Malaikat juga tidak berjantina iaitu bukan dari kalangan lelaki mahupun perempuan juga beranak-pinak.



Previous
Next Post »