Karangan Penyalahgunaan Siber

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



okay hari ni nak kongsikan satu daripada koleksi hasil karangan ABI sepanjang persekolahan masa form 4 & form 5.. jangan main copy paste je yok.. baca and kalau ada yang rasa something wrong ke apa, rujuk semula Cikgu BM korang.. Hasil penulisan di bawah memang dari karangan ABI and penah ditanda dan dibetulkan oleh cikgu BM ABI iaitu Puan Nurul Suhaida Ahmad, SMK Kuala Kubu Bharu, so kalau still ada pape yang tak puaih hati ke apa, just refer to ur bm teacher, then tolong komen dibawah yok, kita sama sama kongsi ilmu.. chaiyok chaiyok.. kk jom!

eh eh.. sebelum terlupa.. ni karangan ransangan ye.. bukan karangan umum.. so karangan rangsangan cam biasa ar, memang pendek sikit kan.. dah dah jom!


                                                Penyalahgunaan siber semakin menular dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, kaum mahupun agama. Hal ini amat membimbangkan kerana melalui penyalahgunaan ini, pelbagai masalah baharu mula timbul. Demikian itu, dibincangkan kesan-kesan penyalahgunaan siber.
                                                Salah satu kesan daripada penyalahgunaan siber ialah penularan budaya tidak sihat. Penularan budaya tidak sihat ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah rohani dan jasmani. Sebagai contoh, baru-baru ini hampir seluruh umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan video seorang ulama’ yang tidak senonoh. Apabila dikaji secara mendalam, video tersebut merupakan video rekaan 3D yang menyerupai ulama’ tersebut. Hal ini telah menjadi suatu fitnah yang besar kepada ulama’ tersebut. Kesimpulannya, penularan budaya tidak sihat ini mengakibatkan maruah seseorang mudah tercemar.
                                                Seterusnya, penularan dalam urusan perniagaan haram. Urusan perniagaan haram semakin mudah apabila wujudnya kemudahan siber ini. Sebagai contoh, perniagaan seperti dadah semakin mudah dijual atau dibeli. Kesimpulannya, urusan perniagaan haram semakin meningkat akibat daripada penyalahgunaan siber.
                                                Selain itu, komputer diceroboh atau dalam erti kata lain , digodam. Komputer mempunyai perisian pelbagai maklumat termasuklah maklumat peribadi, bank atau lain-lain. Oleh sebab jenayah siber ini, semua maklumat ini mudah diperoleh penggodam tersebut hanya dalam jangka masa yang pendek. Kesimpulannya, komputer mudah digodam juga kesan daripada penyalahgunaan siber.
                                                Tuntasnya, pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya dalam menangani masalah penyalahgunaan siber ini. Jika masalah ini tidak dibendung dengan segera, takut nanti akan membawa kepada kemunculan jenayah-jenayah yang lebih dahsyat di masa akan datang.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png