Hukum Wala' Kepada Orang Bukan Islam

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

HUKUM WALA' KEPADA NON-MUSLIM


Soalan:
"Assalamua'laykum tuan . Masa-ul khair . Asiff ganggu . Sy xtahu nk tnye pd sape, mungkin tuan atau asatizah yg lain tahu mengenai "Al-Muwalah kepada orang kafir" . Boleh kongsi sedikit pengetahuan mengenai ini? Hendak bertanya pd asatizah, dah habis waktu bekerja . Sy tanya pd tuan saja . Syukran"

Jawapan:

Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Al-Qahthoni menyatakan wala’ adalah "pertolongan, kasih sayang, penghormatan, memuliakan, mencintai, secara zahir dan batin"

Tambah beliau, wala’ kepada orang kafir bermaksud mendekati mereka dan menzahirkan kecintaan dan kasih sayang terhadap mereka, dengan perkataan, perbuatan, dan niat.( Al-Wala’ wa Al-Bara’ fi Al-Islam, 1/71)

Imam As-Syahid Syed Qutub  menjelaskan apa yang dimaksudkan wala’ kepada orang kafir ialah saling tolong menolong dan saling berpakat (tahaluf) sesama mereka, di mana orang Islam keliru akan hal ini dan menyangka ianya diharuskan (tidak haram).(Tafsir fi Zilal Al-Quran 2/909)

Syeikh Al-Islam Al-Imam Ibnu Taimiyah menerangkan, wala’ adalah lawan kepada permusuhan. Asal wala’ adalah kasih sayang dan mendekati. Manakala asal permusuhan adalah kebencian dan menjauhi.( Majmu’ Al-Fatawa 11/160 dan Al-Furqan baina Auliya’ Ar-Rahman wa Auliya’ As-Syaitan 1/9)

❗️Hukum Wala' Kepada Orang Kafir❗️

Muwalah ataupun wala' kepada orang kafir adalah diharamkan.

Ini berdasarkan banyak ayat Allah di dalam Al-Quran yang melarangnya.

Antara, firman Allah swt:

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (wala’ kepadanya) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah” (Ali-Imran : 28)

Boleh juga baca dan tadabbur surah An-Nisa’ ayat 138-139, surah At-Taubah ayat 71, surah Al-Mumtahanah ayat 1. Semuanya adalah berkaitan larangan wala' kepada orang kafir.

Wallah A'lam.

-Ustaz Ahmad b. Khairuddin-

Sumber: IndahnyaIslam

〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
najwa zahid
admin
December 26, 2015 at 7:41 AM ×

wala' ni mcm mne? mcm kita wish krismas tu ke?

Reply
avatar
Mizz Aiza
admin
December 26, 2015 at 10:48 AM ×

baru tahu hukumnya.. terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini..

Reply
avatar
January 6, 2016 at 7:51 PM ×

@najwa zahid maaf pasal wish krismas tu xsure lah dikategorikan dalam wala' atau tak.. maaf..

@Mizz Aiza alhamdulillah.. :)

Reply
avatar