Doa Apabila Ditimpa Musibah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Maghrib semua.. Hari ni nak share dua jenis doa apabila ditimpa musibah, satu apabila kita melihat orang lain ditimpa musibah dan satu lagi apabila kita sendiri yang menimpa sesuatu musibah.. Sumber sepenuhnya dibawah adalah daripada Syafiqolbu.. Terima kasih saudara Syafiqolbu kerana share doa yang sungguh bermanfaat ni.. Shawal mohon share balik ye saudara Syafiqolbu.. In Shaa Allah.. Jom baca dan manfaatkan perkara di bawah.. :)

Doa Apabila Melihat Orang Ditimpa Musibah 

Doa Apabila Melihat Orang Ditimpa Musibah ini dibaca bagi menaruhkan harapan kepada Allah سبحانه وتعالى agar kita dihindarkan daripada musibah yang menimpa seseorang atau sekelompok manusia yang lain dan juga sebagai tanda syukur kita atas nikmat kemuliaanNya.

Dari hadis ‘Umar bin Al-Khaththab, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ رَأَى صَاحِبَ بَلَاءٍ، فَقَالَ

“Siapa yang melihat orang ditimpa bala bencana (musibah) hendaklah dia mengucapkan:
doa ketika melihat orang dilanda dugaan musibah
Melainkan dia akan diselamatkan dari bala’ (musibah) tersebut bagaimana pun ia selama dia hidup.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi, no. 3431. Bab: Apa yang diucapkan apabila melihat orang yang tertimpa bala’)
.
Dalam riwayat yang lain:

لَمْ يُصِبْهُ ذَلِكَ البَلَاءُ

 (maka) dia tidak akan ditimpa bala’ (musibah) yang sebegitu.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi, no. 3432. Bab: Apa yang diucapkan apabila melihat orang yang tertimpa bala’)
.
Daripada Ibnu Majah disebutkan:

عُوفِيَ مِنْ ذَلِكَ الْبَلَاءِ، كَائِنًا مَا كَانَ

 Maka dia akan diselamatkan dari bala’ (musibah) tersebut bagaimana pun keadaannya.”(Hadis riwayat Ibnu Majah, no. 3892. Bab: Apa yang diucapkan seseorang ketika melihat orang yang tertimpa bala’)
.
Al-Imam At-Tirmidzi setelah meriwayatkan hadis ini, beliau pun menyebutkan, “Diriwayatkan dari Abi Ja’far Muhammad bin ‘Ali , bahawa beliau berkata:

إِذَا رَأَى صَاحِبَ بَلَاءٍ يَتَعَوَّذُ، يَقُولُ ذَلِكَ فِي نَفْسِهِ، وَلَا يُسْمِعُ صَاحِبَ الْبَلَاءِ

“Apabila melihat orang tertimpa bala’ (musibah), dia pun berlindung di mana dia mengucapkan ucapan tersebut dalam hatinya tanpa memperdengarkan kepada orang yang tertimpa bala’ (musibah) tersebut.”
.
Musibah yang dimaksudkan dalam hadis di atas merangkumi musibah secara umum baik berupa penyakit, musibah pada tubuh badan, bala bencana, kesusahan, mahupun musibah dalam perkara agama berupa kefasikan, maksiat, kecelaruan jantina, bid’ah, kezaliman, mahupun kekafiran pada diri seseorang atau sekumpulan manusia.

Doa Ketika Kita Ditimpa Musibah

Segala sesuatu yang berlaku di dunia ini pada hakikatnya telah ditetapkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Malah setiap pergerakan dan apa jua kejadian sudah ditentukan oleh-Nya. Semuanya tidak terlepas dari pandangan dan ketentuan-Nya, termasuk garis perjalanan kehidupan manusia. Begitu juga setiap musibah dan malapetaka yang menimpa manusia sudah ditetapkan oleh-Nya. Musibahyang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, merupakan suatu ujian ke arah kemantapan iman. Selagi seseorang itu tidak melakukan kezaliman berupa kesyirikan, kezaliman terhadap sesama makhluk atau kezaliman terhadap dirinya sendiri, maka ia akan memperolehi rasa ketenangan dan kesejahteraan pada hari kemudian serta petunjuk bagi kehidupan di dunia dan akhirat.

Daripada Ummu Salamah r.ha, isteri Nabi ﷺ berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Tiadalah seorang hamba yang mengalami musibah, lalu ia mengucapkan:
doa ketika menghadapi musibah/ bencana
Melainkan Allah سبحانه وتعالى pasti memberinya pahala dalam musibahnya (penderitaannya) dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik darinya. Dia (Ummu Salamah r.ha) berkata,“Ketika Abu Salamah r.a. meninggal dunia, maka saya berdoa dengan doa yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ kepadaku, sehingga Allah سبحانه وتعالى memberikan pengganti untukku suami yang lebih baik daripadanya (Abu Salamah r.a.), iaitu Rasulullah ﷺ.” [Hadith Riwayat Muslim, no. 2127]
Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila musibahdan apa sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap redha dengan ketetapan Allah سبحانه وتعالى itu dan meyakini bahawa Allah سبحانه وتعالى sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara dan kejadian yang berlaku itu.

Previous
Next Post »