Mutiara Ramadhan #4 - Lima Perkara Yang Diberikan Kepada Umat Nabi Muhammad SAW

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

  1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
  2. Para malaikat beristifar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
  3. Allah S.W.T memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman:
    "Hampir-hampir hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan, lalu kembali kepadamu".

    (Mereka sanggup bersusah-payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat).
  4. Syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan lain selain Ramadhan.
  5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam
    (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjaknnya). ".
Mengenai anugerah kelima ini ada sahabat bertanya kepada Baginda,"Ya Rasulullah apakah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar?"
Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya".
(Hadith Riwayat Ahmad)


*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png