Mutiara Ramadhan #10 - Ramadhan? Syurga? Neraka? Syaitan?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan". 


(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #9 - Pintu Rahmat ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat."

 (Riwayat Muslim)


*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #8 - Ramadhan Penghulu Segala Bulan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Penghulu bulan adalah bulan Ramadhan dan penghulu hari adalah Hari Jumaat".

(Hadith Riwayat al-Tabarani)



*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #7 - Bestnya Ramadhan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : 

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

(Riwayat Ahmad)


*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #6 - Berpuasa menyihatkan tubuh badan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Daripada Ali k.w.j, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Bahawa Allah S.W.T mewahyukan kepada seorang Nabi di kalangan Bani Israel seraya berfirman: 

"Khabarkanlah kepada kaummu bahawa tiada seorang hamba yang berpuasa sehari semata-mata keranaKu kecuali Aku sihatkan tubuh badannya dan Aku besarkan ganjarannya"".

[Hadith Riwayat al-Baihaqi. Hadith seumpama ini juga diriwayatkan oleh Abu Syaikh dalam kitabnya al-Thawab oleh al-Dailami dan al-Rafie daripada Abi Darda'. Lihat Kanz al-Ummal (23633)]


*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #5 - Nabi Muhammad SAW menyebut "Amin... Amin... Amin..."

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dari Abu Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : 
“Amin..amin. .amin..”.

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : 
“Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3kali, apakah sebabnya?”

“Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : 

“Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya.

“Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin”

“Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”.

 (H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)


*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #4 - Lima Perkara Yang Diberikan Kepada Umat Nabi Muhammad SAW

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

  1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
  2. Para malaikat beristifar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
  3. Allah S.W.T memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman:
    "Hampir-hampir hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan, lalu kembali kepadamu".

    (Mereka sanggup bersusah-payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat).
  4. Syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan lain selain Ramadhan.
  5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam
    (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjaknnya). ".
Mengenai anugerah kelima ini ada sahabat bertanya kepada Baginda,"Ya Rasulullah apakah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar?"
Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya".
(Hadith Riwayat Ahmad)


*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #3 - Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud:"Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.


*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #2 - Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. 


Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)



*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Mutiara Ramadhan #1 - Kelebihan Bulan Ramadhan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kelebihan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. 

Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


*Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dirahmati Allah SWT.. Ini adalah auto-post yang telah diset sebelum bulan Ramadhan. Maka dengan itu, segala komen akan dibaca oleh admin lambat sikit sebab admin busy nak SPM tahun ni.. Pembaca yang dikasihi Allah, tolong doakan Shawal dapat yang terbaik dalam SPM tahun ni eh? In Shaa Allah, aameen.. :)

Humood AlKhudher

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Lagu Kun Anta atau maksudnya Be Yourself nyanyian Humood AlKhudher kini menjadi viral di kalangan peminat muzik Nasyid di Malaysia seperti zaman kegemilangan penyanyi popular, Maher Zain. Difahamkan yang Humood AlKhudher akan datang ke Malaysia pada 8 hingga 14 Jun 2015 untuk mempromosikan lagu Kun Anta yang kini popular di Malaysia. Harga tiket Kun Anta Humood AlKhudher akan diupdate kemudian dari masa kesemasa.
 
Nama : Humood Alkhudher
Tempat Lahir : Kuwait
Tahun Lahir : 1989
Umur 2015 : 26 Tahun
Lagu : Kun Anta, Keep Me True, Lughat Al'Aalam

 My name is Humood Alkhudher. I was born in Kuwait in 1989. I was blessed with an educated, wise, and friendly father and a lovely mother. My father is a professor in psychology. He received his PhD degree from Great Britain, which is where I spent most of my childhood. My mother is an educated, friendly, creative person. I always love being around her and listening to her touching advice. She always pushes me ahead to achieve my goals and is a great influence and support throughout my life.

FB Humood AlKhudher

Kun Anta Lagu Dan Lirik Nyanyian Humood AlKhudher

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kun Anta Humood AlKhuder
FB Humood AlKhudher
 

LIRIK KUN ANTA DALAM BAHASA ARAB
Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa'la
Oh Wo Oh,
Kun anta tazdada jamala Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a'ti takfini, za-ka yaqi-ni,


La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa'la
Oh Wo Oh Kun anta tazdada jamala

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa' la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa' la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa'la
Oh Wo Oh,
Kun anta tazdada jamala
SUMBER

LIRIK LAGU KUN UNTA DALAM BAHASA MELAYU/ MALAYSIA
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
Aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya

Jadi, aku boleh jadi seorang yang lain
Hanya untuk berbangga

Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

Tetapi yang ku perolehi hanyalah kerugian di atas perwatakan ku ini

Kita tidak memerlukan harta untuk menambah kecantikan,
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
Di dalam hati ia bersinar

Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada
Yang tidak sesuai dengan kita, 
Itulah kecantikan kita
Semakin bertambah hingga ke atas

Jadilah diri kamu sendiri
Pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

Sungguh aku menerima mereka
Tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

Melainkan apa yang telah aku terima itu aku telah redha

Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
Inilah aku

Hal ini kurasakan sudah cukup 
Dan aku sangat pasti

Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku

Aku akan jadi apa yang aku suka 
Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?
SUMBER


VIDEO LAGU KUN ANTA NYANYIAN HUMOOD ALKHUDHER
 


SUMBER SEPENUHNYA DARIPADA ROSSA CALLA 


Panduan & Contoh Kerja Projek Add Math SPM 2015 Negeri Selangor

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Panduan Kerja Projek Matematik Tambahan / Add Math SPM 2015 Negeri Selangor.  Setiap  murid  yang  mengambil subjek Matematik  Tambahan diperlukan untuk  menjalankan kerja projek atau kerja kursus semasa  di  Tingkatan  5.  Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2015. 

Kerja  projek  Add Math 2015 boleh  dilaksanakan dalam  kumpulan atau  individu,  tetapi  setiap  murid  perlu mengemukakan laporan   bertulis   secara   individu yang   ditanda   dan   digred   oleh   guru berdasarkan rubrik yang  dibekalkan  bersama  tugasan.  Wajaran  yang  tinggi  diperuntukkan kepada pengaplikasian proses  matematik seperti penaakulan,  membuat perkaitan, berkomunikasi secara  matematik,  perwakilan  dan  menggunakan  teknologi.  Murid  perlu  menyedari  bahawa proses matematik yang dilaksanakan semasa  menyelesaikan tugasan  KPMT, adalah sama penting dengan  mencari  jawapan  yang  betul.  



Oleh itu untuk panduan pelajar di Selangor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Selangor telah menyediakan soalan tugasan KPMT 2015 bagi seluruh sekolah menengah Negeri Selangor seperti berikut :-
GARIS PANDUAN AM MENGENAI PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2015ITEM SOALANRUBRIK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2015
>>> Contoh Kerja Projek Add Math SPM 2015 Negeri Selangor <<<



 Contoh Kerja Projek Add Math SPM 2015 Negeri Selangor 


Orang Islam boleh ke dengar lagu Bang Bang Bang - BigBang ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MINTAK TOLONG >KLIK SINI< SEBELUM MEMBACA! TERIMA KASIH! 
PLEASE >CLICK HERE< BEFORE READING! THANK YOU!
읽기 전에 >여기를 클릭하십시오< 감사합니다!




Lagu bang bang bang tak leh dgr....First of all, Shawal open dulu Shawal bukan anti-bigbang ke apa just nak share bende ni and bukan nak buruk burukkan bigbang juga ye,,.

Shawal sendiri minat bigbang ni, VIP (fans bigbang) lah jugak.. Tapi lepas tengok MV Bang Bang Bang, rasa macam ada yang tak kene, then shawal pun kaji lah serba sedikit... So, terbukti lagu ni memang tidak sesuai untuk dilayan oleh umat Islam..


Bukti 1

Ada lirik  " Bow down in worship till your voice explodes"

maksudnya tunduk sujud hingga meletup suara anda, disini jelas tunduk and sujud yang dimaksudkan adalah mengikut agama lain.. Wallahualam..


Bukti 2

Lirik lagi, " We’re spinning and spinning, you and I, this place is Valhalla
Give praise and spread it out louder"

Shawal jumpa perkataan Valhalla ni dalam lirik diorang, rasa pelik sangat.. then pi lah google and tahukah anda apa yang shawal jumpa kat wikipedia pasal Valhalla ni?

Valhalla ni maksudnya tempat " In Norse mythology, Valhalla (from Old Norse Valhöll "hall of the slain") is a majestic, enormous hall located in Asgard, ruled over by the god Odin. " 

senang cita agama lain sebab god Odin tu..


Bukti 3

Dalam mv dia ada manusia act like anjing. Korang tak rasa apa ke bila manusia tu act like anjing? Lain lah kalau hati korang tu memang tak kisah langsung memang peliklah kan..



Shawal harap korang boleh pikir sendiri lah sama ada lagu ni boleh dengar ke tak.. cuba bayangkan setiap kali kita duk sebut valhalla valhalla masa ikut nyanyi lirik dia? foo.. Nauzubillah.. sekian dahulu perkongsian hari ni.. Assalamualaikum..



Segmen Blogwalking By Cik Yana

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MINTAK TOLONG >KLIK SINI< SEBELUM MEMBACA! TERIMA KASIH! 
PLEASE >CLICK HERE< BEFORE READING! THANK YOU!
읽기 전에 >여기를 클릭하십시오< 감사합니다!


Segmen Blogwalking  By Cik Yana
(klik banner kalau nak join)

Kebaikan Lidah Buaya untuk Kesihatan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



wah.. banyak sungguh kebaikan lidah buaya ni kan? bukan hanya pada wajah muka dan rambut, malah kepada kesihatan juga! Jom baca! :)

1. Membantu menyembuhkan masalah pencernaan


Jus lidah buaya membantu banyak dalam menyahtoksik dan meningkatkan proses pencernaan. Jus dan gel aloe vera membantu dalam memerangi sembelit, masalah dalam usus, mulas dan masalah dalam saluran pencernaan lainnya, kerana aloe vera merupakan ubat cuci perut yang baik.

2. Membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh

Tanaman lidah buaya merupakan sumber yang kaya akan vitamin seperti Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, dan E, asam folat, dan Niacin. Jadi, konsumsi lidah buaya setiap hari mampu meningkatkan sistem pertahanan tubuh sehingga melindungi Anda dari segala jenis masalah oksid.

3. Membantu mengawal diabetes

Lidah buaya bila dikonsumsi baik dalam bentuk jus atau gel, berfungsi sebagai ubat tradisional untuk mengubati diabetes, kerana membantu dalam menjaga kadar gula darah.

Melihat begitu banyak manfaat tanaman lidah buaya ini, sudah sewajarnya jika kita mulai menanam tanaman ini di teras rumah. Selain sebagai tanaman hias, suatu masa nanti boleh digunakan sebagai ubat tradisional.

Sumber sepenuhnya drpd ManfaatnyaSehat, dan ditranslate oleh Mohd Noor Shawal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png