Keterangan Berkenaan "Menipu atau Berbohong" Menurut Islam

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Islam melarang dan mengharamkan umatnya menipu dalam apa jua keadaan sekalipun. Perbuatan menipu merupakan salah satu sifat mazmumah dan membawa kesan besar kepada  keruntuhan akhlak manusia. Oleh itu setiap orang Islam wajib menjauhi perbuatan menipu.


 Banyak ayat al Qur'an dan hadis yang menerangkan berkaitan hal ini. Antaranya

1) Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 42 & 283:

 “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42)

 “….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan". (Surah Al-Baqarah, Ayat 283)

 2) Surah Al-Munafiqun, Ayat 1 pula menjelaskan sifat orang munafik yang suka menipu:

 “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah Al-Munafiqun, Ayat 1)

3)  Ayat-ayat Al-Qur'an serta hadith di bawah menerangkan kesan serta akibat perbuatan menipu:

 "…. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta". (Surah Ghaffir, Ayat 28)

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim). Wallahu a'lam.


Previous
Next Post »