KELEBIHAN BERWUDHU DARI SUDUT PANDAGAN SAINS & AGAMA ISLAM

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MINTAK TOLONG >KLIK SINI< SEBELUM MEMBACA! TERIMA KASIH! 
PLEASE >CLICK HERE< BEFORE READING! THANK YOU!
읽기 전에 >여기를 클릭하십시오< 감사합니다!

Wuduk hendaklah disempurnakan ketika hendak mendirikan solat.
Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali...(Surah al-Maidah:6). Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah tidak menerima solat salah seorang antara kamu sekiranya ia berhadas hingga berwuduk terlebih dahulu.”. Di sini jelas, bahawa amalan berwuduk adalah perintah Allah yang terdapat di dalam al-Qur’an dan juga Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Sudah tentu amalan ini mempunyai kelebihan tertentu dan hikmah tersembunyi.

Amalan berwuduk akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan juga akhirat. Di dalam Kitab- Fiqhus Sunnah dinyatakan amalan berwuduk membawa beberapa kelebihan antaranya ialah;
1) i. Meggugurkan dosa. Ini berlaku apabila kita berwuduk bersama aliran air itulah maka berguguran dosa kita.
2) ii. Berwuduk akan mengangkat darjat dan;
3) iii. Orang berwuduk akan datang diakhirat dalam keadaan bahagia dan bersinar-sinar wajahnya.

Selain kelebihan yang disebutkan di atas,amalan berwuduk inilah yang akan menjadi asbab untuk kita dimasukkan ke dalam syurga Allah. Ini berdasarkan kisah Saidina Bilal sebagimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. Mengikut kisahnya, Bilal bin Rabbah, antara sahabat utama Rasulullah S.A.W, memiliki amalan khusus iaitu beliau selalu menyumpurnakan wuduknya. Keistemewaan amalan itu, Bilal disebutkan oleh Rasulullah sebagai seorang sahabat yang dipastikan menghuni syurga.

Abu Hurarirah melaporkan, selepas solat subuh, Rasulullah berkata kepada Saidina Bilal, “ Wahai Bilal, ceritakan kepadaku mengenai amalan yang kamu lakukan selepas berada di dalam Islam. Kelmarin aku ada mendengar suara terompah kamu di dalam Syurga. Bilal berkata, “ Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (yang besar pahalanya)pun dalam Islam, tetapi selagi Allah mentadirkan aku mengerjakan solat, maka aku berwuduk dengan sempurna setiap malam atau siang hari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apakah hikmah berwuduk di sudut sains dan perubatan ? Perkara ini amat menarik untuk dikaji agar ia menimbulkan keyakinan kita terhadap amalan yang kita lakukan hampir setiap masa dan hari. Menurut kajian Dr Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology (Kesihatan Umum dan Ekologi) di Daghestan State Medical Academy, dalam artikel Muslim Rituals and Their Effect the Person Health, wuduk menurutnya dapat merangsang aura tubuh secara semula jadi. Menurutnya rangsangan ini muncul pada seluruh tubuh, khususnya kawasan yang disebut Biological Active Spots (BASes) atau titik aktif biologi. BASes hamper sama dengan titik-titik refleksiologi ala Cina. Biasanya bagi memberikan kesan urutan itu, perlu tekanan atau tusukan jarum.

Walaupun berwuduk hanyalah sekadar usapan dan sapuan lembut tetapi ia sebenarnya amat mencukupi untuk memberikan kesan kepada Biological Actives Spots (BASes) ini. Ini kerana, walaupun terdapat 700 BASes ditubuh kita tetapi 65 daripadanya akan memberi kesan refleksi yang cepat. Tempat ini dikenal sebagai drastic spot. Menurutnya lagi, kesan sapuan muka yang didalam perubatan moden dipanggil sebagai hidromassage akan memberi kesan positif pada ginjal dan system saraf ataupun pada organ genital.

Disamping itu, wuduk juga berkesan mencegah daripda masuknya kuman penyakit melalui kulit. Ini kerana kulit adalah organ terbesar tubh kita. Kulit yang membungkus tubuh kita memiliki keberatan 10 paun, seluas dua meter persegi dan ketebalan satu perpuluhan empat hingga empat milimeter dengan kemampuan regenerasi yang dahsyat. Setiap hari, hamper 10 juta sel kulit mati. Kematian sel-sel kulit ini adalah kotoran daki. Kulit juga berfungsi untuk menutup seluruh tubuh serta melindungi daripada pelbagai jangkitan kuman, racun, bahan kimia berbahaya dan sinar radiasi. Antara fungsi lain kulit adalah mengatur suhu tubuh, melakukan fungsi perkumuhan dengan membuang zat-zat yang tidak berguna melalui liang-liang peluh. Kulit juga adalah media komunikasi antara sel-sel saraf bagi rangsangan haba, sentuhan serta tekanan.

Melalui berwuduk kita menyapu permukan tujuh bahagian anggota tubuh kita yang tidak dilindungi oleh pakaian secara minimum sebanyak 15 kali dengan air bersih. Ini juga anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada dunia luar. Oleh itu, kulit mempunyai paling banyak populasi mikroorganisma. Berwuduk bertindak mengurangkan mikroorganisma serta menurunkan risiko kewujudan bakteria di dalam tubuh kita.

Dalam kajian yang lain, dibuktikan bahawa berwuduk membantu proses regenerasi kulit, iaitu pengantian sel-sel lama dan baru. Kesetabilan kulit ditentukan oleh nilai pH iaitu keasidan dan kelembaban kulit. Bersuci adalah salah satu cara menjaga kesetabilan itu khususnya kelembaban kulit. Kulit yang terlalu kering juga merbahaya bagi kesihatan kulit. Ini memudahkan ianya dijangkiti kuman.

Melalui amalan membasuh tangan ketika berwuduk kita dapat mengawal daripada terkena wabak penyakit dan sebagainya. Ini kerana melalui telapak tanganlah kita banyak berinteraksi dengan dunia luar seperti bersalaman, menggengam, menyentuh ataupun memetik jari. Menggunakan tangan juga kita bersentuhan dengan segala benda sekeliling kita. Bahkan lebih daripada 70% penyakit berjangkit seperti cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan.

Amalan membasuh tangan di awal berwuduk sebenarnya menepati kaedah standard yang diamalkan di dalam bidang perubatan. Ini terbukti di dalam dunia perubatan, protocol standard yang pertama sebelum pekerja perubatan mula bekerja juga adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Ini berlaku terutamanya apabila hendak melakukan pembedahan ataupun lain-lain rawatan perubatan yang invasivf. Oleh itu, tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.

Seterusnya melalui amalan berkumur ketika berwuduk juga akan menjaga aspek kesihatan kita. Berkumur akan melindungi mulut dan tekak daripada inflamasi dan membersihkan gigi dan sisa makanan. Terdapat tidak kurang daripada 100 juta bacteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kelenjar ludah manusia normal yang sihat. Dengan berkumur ketika berwuduk dapat membersihkan mulut dan seterusnya dapat mencegah risiko jangkitan penyakit.

Seterusnya amalan Istinsyaq ataupun menghirup air kedalam hidung adalah perbuatan yang mungkin tidak pernah dilakukan oleh seseorang melainkan ketika berwuduk. Menurut pakar bedah tumur Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumur yang tersembunyi di dalam hidung aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada tumur itu. Melalui kegiatan istinsyaq ini dapat membantu dalam pengesanan awal tumur di bahagaian nasopharyng yang tersembunyi.

Begitu juga melalui istinsyaq kita berupaya membersihkan selaput lender hidung yang mungkin kontiminasi oleh udara kotor dan kuman. Ini kerana hidung adalah organ terbuka dan di dalam rongga hidung juga mungkin terdapat kuman-kuman. Satu ketika dahulu apabila penyakit SARS merebak ke seluruh Asia termasuk Malaysia ia merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Melalui istinsyaq ia akan dapat mencegah jangkitan spt SRAS diperingkat awal lagi.

Di sini jelas bahawa amalan berwuduk membawa faedah yang banyak. Ia memberikan pengamalnya faedah di dunia dan juga akhirat. Bukti sains menjelaskan kepada kita kebenaran ajaran Rasulullah S.A.W. Marilah kita beramal dan melazimkan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk bukan sahaja ketika untuk mendirikan solat semata-mata.Semoga Di manfaatkan serta Dikongsi Untuk Kebaikan Sesama insan.
Wallahuallam...!!!


SUMBER : Alang Farih

Previous
Next Post »